In my older posting, I wrote about the genealogy of several aristocratic families of Perak and I received a comment by Sdr Rizuan Ahmad who is a descendant of Sultan Ismail Muabidin Riayat Shah. This posting of mine shall be the evidence of my writings. Below is the query that Sdr Rizuan questioned:
“This Raja Noteh Mai Salamah then married Raja Chulan who later ascended the Perak Throne as Sultan Shahabuddin Shah. This couple were childless for quite sometime which resulted the couple to adopt their nephew (Raja Andak’s sister’s child). This adopted son was Raja Ismail Itam. This Raja Ismail Itam will later ascend the Perak Throne as Sultan Ismail Muabiddin Riayat Shah.”
He then further said:
“… Kenyataan tuan berkenaan Raja Ismail Itam seperti di atas adakah sebarang bukti yg menyokong kenyataan ini atau sekadar tekaan yang tidak berasas? …”
Allow me to quote from ‘Salasilah Raja-Raja Perak’ MS Maxwell 24 which is kept at the Royal Asiatic Society Library, Bayswater, London.
The above screenshot is from page 13 which the MS says:
[line 4]
… Maka Adalah akan Raja Mandak putera Marhum Bongsu yang bersuamikan Raja Siak itu berputera seorang laki-laki Raja Ismail Itam namanya, panggilannya Raja Kulop, oleh Baginda diambilnya akan putera dan Baginda pun berputera seorang laki-laki namanya Raja Ngah Ali, panggilannya Raja Lob. Maka Raja kedua itu sama-samalah tiada bercerai lagi pun Raja Ismail itu menyusu kepada Raja Perempuan itu; lagi masa Bendahara tua, masa Raja Mudanya yang Baginda berputera itu Wallahu A’lam.
Towards the end of page 14 of the manuscript, it further says:
[line 3]
…laki-laki Raja Zainal namanya. Inilah yang kecik sekali. Ada pun akan Raja Ismail Itam putera angkat Baginda itu bertunang dengan Raja Fatimah putera Raja Kecil Besar Daud. Hatta telah sampailah tahunnya Baginda Sultan Shahabuddin Shah di atas takhta kerajaan maka Baginda pun kembali ke Rahmatullah Ta’ala – Inna liLlahi Wa Inna Ilaihi Raji’un dikuburkan di Tanjung Penanggok kerana Baginda itu bernegeri…
Just before the middle section of page 15 in the MS Maxwell 24, the manuscript further states:
[line 1]
…Kecik Sulung Idris dan Raja Ismail Hitam bernikahlah dengan tunangnya itu Raja Fatimah putera Raja Kecil Besar Daud di Tepus. Raja Ngah Ali pun diam di Tepus. Maka Raja Perempuan bonda Raja Ngah Ali itu bersuamikan Raja Ngah Putra anak Bendahara Raja Radin yang telah dulu sebutnya. Adapun Raja Ngah Putra itu sudah ada isterinya orang keluaran Inche Alang namanya, beranak lima – tiga perempuan, dua laki-laki iaitu Raja Aminah dan Raja Teh Emas dan Raja Alang Muhammad dan Raja Hussin dan Raja Sharifah. Dengan bonda Raja Ngah Ali berputera seorang perempuan Raja Tipah namanya – terlalu baik rupanya. Maka adalah Raja Uteh kakak Raja Ngah Putra itu bersuamikan Raja Alang Hussin putera Raja Hitam…
Therefore, based on the clear evidence I have given above, I have proven to Sdr Rizuan Ahmad and to all readers out there that my writings are not merely a baseless guess. Although the Manuscript is named Maxwell’s Mansucript, it is written by a member of the Perak Royal Family and Court Genealogist during those days – YM Raja Haji Yahya Imam Paduka Tuan.
Salam, minta maaf jika Tuan yang bijaksana tersinggung dengan soalan saya.. Fakta tuan ini saya sendiri pernah membacanya.. Namun selain dari teks ini pernahkan tuan mendapatkan pengesahan dari keluarga2 yang terdekat dgn nama2 yang disebutkan? Saya bukan ingin mempertikaikan kebijaksanaan tuan atau penulisan tuan dan saya berharap supaya kepada pembaca2 dan peminat saudara ini janganlah ada sebarang kesangsian kepada penulisan beliau.
Cuma.. saya sebagai waris keturunan dari Raja Ismail Hitam ini berharap supaya fakta2 berkenaan moyang kami janganlah lagi dikeluarkan secara bertulis tanpa kajian yang betul2 terperinci. Sekadar berlandaskan sebuah kitab inggeris yang belum pasti kebenarannya.. Maafkan saya jika kata2 saya ini menyinggung..
Mungkin sebelum ini belum ada atau belum pernah mana2 daripada keturunan Raja Ismail Hitam ini tampil memberi sebarang komen atas apa juga kenyataaan.
Kami berterima kasih kepada pihak tuan kerana pernah membuat kajian berkenaan moyang kami dan maklumat2 yang diberikan sebaiknya janganlah hanya merujuk kepada sebuah kitab semata-mata. Jazakallahukhairi..
Sdr Ridzuan,
Terima kasih atas teguran saudara. Saya meminta maaf sekiranya penulisan saya yang KASAR menyinggung saudara. Saya mengaku bahawa saya memang bengang apabila membaca ayat:
“… Kenyataan tuan berkenaan Raja Ismail Itam seperti di atas adakah sebarang bukti yg menyokong kenyataan ini atau sekadar tekaan yang tidak berasas? …”
Sekiranya ayat tersebut berakhir di “kenyataan ini”, saya mungkin tidak akan terasa sangat.
Walau bagaimanapun, Sdr sudah mohon maaf, saya juga memohon maaf. Saya akan ‘tone-down’ ayat2 yang terkandung dalam artikel ini.
Mengenai sumber saya, walaupun namanya Manuskrip Maxwell, ianya ditulis oleh orang Melayu di bawah kelolaan YM Raja Hj Yahya (Imam Paduka Tuan) zaman itu. Maka ianya bukanlah sebuah kitab Inggeris. Translasi manuskrip ini ke dalam bahasa Inggeris memang terdapat (bukan sedikit) banyak kesilapan.
Contoh paling ketara adalah:
Si polan, Si polan dan Si polan adalah bersaudara
ditranslate ke bahasa Inggeris menjadi:
Whoever their father was, these three are brothers
Bagi orang Melayu, bersaudara tak semestinya adik-beradik. Sepupu, bapa saudara, lapan pupu dan bau-bau bacang juga bersaudara. Itu sebab saya merujuk pada manuskrip asal, dan bukannya translasi manuskrip oleh orang Inggeris.
Tapi saya setuju dengan saudara bahawa sebarang kajian tidak boleh berpandukan pada satu sumber sahaja. Namun dari pengamatan saya, Manuskrip Maxwell ini lah yang paling lengkap dari segi susur galur Raja-Raja Perak bagi zaman selepas Sultan Iskandar Zulkarnain Shah hingga di awal pemerintahan Sultan Yusuf Sharifuddin Muzaffar Shah.
Manuskrip yang seterusnya yang lebih lengkap bagi salasilah zaman moden, maka manuskrip kompilasi Almarhum Raja Ismail Ibni Almarhum Sultan Iskandar Shah boleh dirujuk.
Saya mengucapkan terima kasih kepada Sdr Ridzuan kerana tampil dengan teguran tadi.
-MEGAT ISKANDAR-
Jazakallahukhairi..
Inilah kekuatan pejuang Melayu berani mengaku kesilapan. Sekali lagi saya memohon maaf secara terbuka jika bahasa saya agak kasar dan menyinggung perasaan. Namun percayalah tiada niat untuk merendah-rendahkan atau mempertikaikan penulisan Tuan yang saya hormati.
Sejarah keluarga kami warisan Mohom Skudai ini telah lama memendam rasa dan terbuang selepas peristiwa Perjanjian Pangkor. Perjuangan Mohom Skudai dan anggota2nya memelihara harta khazanah Kesultanan Melayu sejak Zaman Kesultanan Melaka yang berada di Perak hingga ke titisan darah terakhir akhirnya dipandang seperti penjenayah dan tidak dikenang langsung oleh sesiapa..
Hasilnya selepas itu, Inggeris berjaya mengumpul khazanah2 termasuk penulisan dan hasil bumi Perak di bawa balik ke negara mereka.. apa saki baki yang tinggal pada kita sekarang?
Tidakkah ada yang merasa belas kepada waris pejuang2 ini? Kami generasi sekarang terpaksa bangkit semula mempertahankan maruah moyang kami.. Sekalung budi kepada saudara yang berusaha mengingati (walau sedikit) berkenaan Mohom Skudai.
Semoga pertalian pena antara kita tidak berakhir di sini dan semoga saya dapat berkongsi pengetahuan bersama tuan pada masa akan datang..
Terima Kasih
-rizuan ahmad-