PERAK Aristocracy

Sultan Muzaffar Shah I Ibni Almarhum Sultan Mahmud Shah

The Genealogy of the Royal House of Perak

The Genealogy of Megat Terawis – the first Orang Kaya Bendahara of Perak and forefather to the Megat Clan of Perak.

Tun Saban

The Genealogy of Tun Saban – Ruler of Perak prior to the establishment of the Perak Sultanate in 1528 and forefather to most hereditary chiefs in Perak

Syed Hussain Jamalullail Al-Faradz

The Genealogy of Syed Hussain Jamalllail Al-Faradz – forefather of the Syed Clan of Perak

Daeng Selili

The Genealogy of the Orang Kaya-Kaya Maharaja Lela Haji Besar Daeng Selili – forefather of the Bugis Clan in Perak and common ancestor for the holders of the titles Temenggong, Maharaja Lela and Seri Maharaja Lela

Tok Kuala Bidor

The Genealogy of Tok Kuala Bidor Nakhoda Hitam – a Bugis Prince and forefather of the Orang Kaya-Kaya Laksamana Raja Mahkota and the Orang Kaya-Kaya Shahbandar Paduka Indera

Maharaja Kinta

The Genealogy of the Maharaja Kinta – forefather of the Orang Kaya-Kaya Panglima Kinta Seri Amar Bangsa Diraja

The Genealogy of Present Holder of Orang Kaya Menteri Paduka Tuan – descended form Tengku Menteri Ngah Ibrahim Bin Long Jaafar – Ruler of Larut and Mining Tycoon.

Jeragan Abdul Shukor

The Genealogy of Dato’ Setia Jeragan Abdul Shukor – first holder and forefather to the Orang Kaya-Kaya Setia Bijaya Diraja

Toh Mekong

The Genealogy of Toh Mekong (pronounced as ‘Mengkong’ – hereditary chief of Upper Perak since the Siamese Administration

Maharaja Lambor

The Genealogy of Maharaja Lambor – hereditary chief of Lambor and forefather to the Toh Seri Maharaja Dewa of Lambor

50 Responses to PERAK Aristocracy

  1. Adi Ridzwan says:

    Salam,

    Do you have any info on those with the name Kanda especially in Perak. Who are they?Where are they from? Appreciate if you could help.

    • Megat Iskandar At-Terawis says:

      Sdr Adi Ridzwan,

      Yes I do have some of the info but I consider it as incomplete. Why I say its incomplete because I don’t have any source suggesting their common ancestor. The names ‘Kanda’ are associated with the hereditary title of Orang Kaya Besar Maharaja Diraja of Perak as one of the three branches of the familya sharing the title is descended from one Kanda Adam. Some sources say that this Kanda Adam is a descendant of Daeng Selili – hence suggesting a Bugis origin. (the present Orang Kaya Besar is a descendant of Kanda Adam)

      Apart from Kanda Adam, we have in historical records one Kanda Abdul Majid who was the Orang Kaya Besar Maharaja Diraja in the late 19th century. This Kanda Abdul Majid died during the reign of Sultan Ismail Muabidin Riayat Shah of Perak. One of this Sultan’s first official act as Sultan was to appoint the successor of Orang Kaya Besar Kanda Abdul Majid of which he appointed one Syed Pandak Ahmad to the office of Orang Kaya Besar. Unfortunately, we do not have any records suggesting the origins or the ancestry of the late Kanda Abdul Majid.

      I have a strong feeling however, that the title Kanda is just a form of salutation. Instead of merely saying ‘Abang’ for elder brother, we address the person with the title ‘Kanda’. But then again, I have no evidence to support this idea.

      • Adi Ridzwan says:

        Salam,

        Thank you for the very quick reply.

        I am actually trying to work out my family origin but have come to a halt at the name Imam Kanda Latif i.e my great great grandfather.

        I would agree with you that the title Kanda may not be exclusive to the Bugis origin.

        It would be of great help if you could assist me with this little information that I have on my grandfather and qreat grandfather:-

        (Kulup Derais) Abdul Rais bin Imam Kanda Latif – A wealthy businessman from Padang Tenggala.

        Nasaruddin bin Abdul Rais – President Umno Perak in the early 50’s. Died in a plane crash in Calcutta, 1954 on his way to copenhagen for some rubber development talks.

        Looking forward to hear from you.

      • azarina says:

        Assalammu’alaikum. I’m currently doing some research on an ancestor known only as “Panglima Teja”. Based on the salasilah given to me by my late uncle many years ago, Panglima Teja had 3 children: 1. Leka; 2. Dato’ Dalam Mohd Yaakub; and 3. Embeh. I also came across the name Kanda Ibrahim in the family tree. Do you have any of these names in your records?

    • Zulkarnain says:

      Assalam en adi…saya ni cucu kpd hj hasnat b kulup derais b imam kanda…tuan ni siapa yer….kira cicit kod kulop derais b. Imam kanda

    • Cucu Alang Mat Akas, Penggulu Kampung jaman Mat Melaka di tangkap says:

      according to my grandmother, the title “Kanda” is a Perak royal title given to the person in charge of disposing the afterbirth -temuni of the new born royal birth.
      My mother her great great Grand father was called Kanda Idris. from Padang tenggala

  2. Jabbar says:

    Assalamualaikum Tuan,

    Nama saya Jabbar dan saya berasal dari Mukim Lambor (Lambor Kanan dan Lambor Kiri) di Perak. Saya merupakan salah seorang keturunan Tok Dewa Seri Maharaja dan sedang menyelami salahsilah keturunan saya di Lambor. Maqam Tok Dewa terletak di Lambor Kiri dan ada catatan pada plaque di maqam.

    Satu nama yang selalu disebut-sebut oleh orang tua-tua di sini adalah Toh Maharaja Lambor.

    Saya pernah membaca seseorang menulis bahawa:
    “Toh Maharaja Lambor atau nama batang tubuhnya Malim, adalah orang yang membuka (perkampungan di Mukim) Lambor yang dihantar oleh Raja Acheh untuk membuka kawasan baru. Jawatan Toh Maharaja Lambor itu telah dipegangnya sejak berada di Acheh lagi. Bapanya Toh Bangsawan daripada keturunan Tok Paduka Bangsa Acheh. Toh Bangsawan dan Toh Maharaja Lambor bila berada di Perak telah dilantik sebagai Orang Kaya-Kaya (Seri) Agar DiRaja Orang Besar Delapan Perak.”

    Penulis yang saya petik di atas mengatakan “FAKTA” ini telah disebut dalam buku Cempaka Sari Sejarah Kesultanan Negeri Perak oleh M.A. Fauzi Basri di m.s. 252. Saya belum berkesempatan menatap buku tersebut lagi.

    Adakah Tuan mempunyai apa-apa catatan tentang hubungan terus Toh Maharaja Lambor dengan Toh Seri Maharaja Dewa (Tok Dewa Seri Maharaja)?

    • Megat Iskandar At-Terawis says:

      Sdr Azizul Jabbar,

      Terima kasih atas komen saudara.

      Memang benar, saya mempunyai maklumat serta catatan mengenai salasilah Maharaja Lambor di mana tokoh keturunannnya di kalangan pembesar Perak adalah Toh Seri Maharaja Dewa.
      Ini adalah kerana salasilah ini juga telah mempunyai hubungan perkahwinan dengan salasilah keturunan Megat Terawis. Manuskrip yang ada mengenai salasilah Maharaja Lambor ialah MS 40332 – Misc Papers yang disimpan di SOAS, London. (ianya satu siri manuskrip sebelum Salasilah Megat yang bernombor MS 40333 (2)).

      Saya mempunyai salasilah nya tetapi belum sempat menulis artikel mengenai salasilah Maharaja Lambor. Sebagai ekstrak… daripada Maharaja Dewa Panjang Ogek (Ukik)

      Bapa: Uda Katab (Khatib) Bin Toh Adap
      Ibu: Ngah Mariam Binti Toh Andak Majiwa

      Ngah Mariam pula beribukan Toh Ngah Bakal Binti Maharaja Lambor. Keturunan Maharaja Lambor memang saya ada butirannya tapi saya tak tulis di sini lah.

      Mengenai Panjang Ogek, anaknya yang bernama Taha dikenali dengan nama Penghulu Mat Taha. Rumahnya ada di Lambor (yang digunakan sebagai lokasi filem Anna and The King) . Datuk saya pernah tinggal di rumah tersebut sewaktu menjawat jawatan Penghulu di mukim tersebut.

      Anaknya yang bernama Itam Nila berkahwin dgn Ngah Kinta mendapat anak bernama Long Seri Gundana yang berkahwin dengan Abbas Bin Kulop Osman. Ibu kepada Abbas ini bernama Puteri Alang Rias Binti Megat Putra dari keturunan Megat Terawis melalui cabang susur galur Megat Menjanas Seri Nara Diraja. Dari keturunan Abbas dan Long Seri Gundana, lahirlah tokoh nasionalis Perak yang bernama Tan Sri Zainal Abidin Bin Abbas. Anaknya pula ramai menjadi tokoh dalam pelbagai bidang di Malaysia antaranya Tan Sri Zain Azrai Bin Zainal Abidin.

      Itu yang saya dapat cerita setakat ini. Nanti saya rajin, saya tulis satu artikel dalam blog ini – khusus untuk salasilah Maharaja Lambor.

      Regards,

      MEGAT ISKANDAR

      • Jabbar says:

        Assalamualaikum Tuan,

        Terima kasih kerana sudi membalas. Saya merupakan salah seorang pemegang salahsilah Tok Dewa, cuma salinan yang ada pada saya (versi 2006) tidak terdapat nama Tok Maharaja Lambor. Selepas menulis kepada Tuan semalam, saya mendapat makluman daripada keturunan Hj. Mohd Yaakob b. Haji Abbas bahawa ada versi lain (terkini?) yang telah incorporate salahsilah Tok Maharaja Lambor.

        Terima kasih kerana membantu saya confirm-kan bahawa Ngah Mariam adalah dari keturunan Tok Maharaja Lambor. Cuma catatan pada saya lain sikit sahaja dari yang Tuan tulis di atas.

        Mengikut catatan saya Toh Alang Ghayam @ Tok Rain bt. Tun Besar Tuha (Sayong) yang berkahwin dengan Tok Andak Majiwa @ Lahamat b. Tok Lamit. Saya pernah cross reference dengan satu catatan lain, ada pertindanan nama kerana di situ tertulis bahawa Toh Alang Ghayam adalah cucu perempuan Tok Maharaja Lambor Malim. Ibu Toh Alang Ghayam adalah Toh Ngah Bakal (anak perempuan Tok Maharaja Lambor) yang berkahwin dengan Toh Seri Nara Diraja Tun Besar Tuha (dicatatkan berasal dari Sayong).

        Berkenaan salahsilah Tok Maharaja Lambor tu, suka saya nyatakan di sini bahawa orang-orang Mukim Lambor memang sedang mencari asal-usul nama “Lambor” tu sendiri dan usaha Tuan akan mendapat perhatian daripada mereka.

  3. Megat Iskandar At-Terawis says:

    Hai Sdr Azizul Jabbar,

    Memang betul kata saudara. Semalam sewaktu menjawab, saya tidak merujuk kepada database – jawab off-hand sahaja. Biasanya ingatan saya tepat. Namun, ini adalah kali kedua saya menjawab secara off-hand yang jawapan saya TIDAK TEPAT! Nampaknya memang saya dah mula tua dan daya ingatan dah mula berkurangan.

    Untuk membuktikan yang catatan saya dengan catatan saudara adalah sama dan tepat, saya kongsikan print screen daripada database salasilah saya.

    Kesimpulannya, nasihat kepada saya dan semua di luar sana: kalau dah ada database tu, bukak le….tak payah poyo nak jawab tanpa bukak rujukan….

    Regards,

    MEGAT ISKANDAR

  4. Jabbar says:

    Asalamualaikum Tuan,

    Saya harap Tuan tidak tersalah faham di atas komen saya sebelum ini kerana saya tidak berniat untuk menunjuk-nunjuk, sekadar untuk berkongsi maklumat sahaja. Jika Tuan sudi, kalau boleh saya nak bertanya lagi.. 🙂

    1. Dalam rekod Tuan ada tak nama bapa dan ibu Toh Andak Majiwa, dalam rekod saya cuma ada nama Tok Lamit (bapa) dan tiada nama ibunya.
    2. Adakah tertulis di mana-mana dalam sepengetahuan Tuan tentang Tok Tua Sakti yang mana dikatakan tugasnya memberi nasihat dan tujuk ajar kepada Datok Bendahara Garang mengenai selok belok tempat di Acheh dalam usaha membawa pulang Puteri Limau Purut dari Istana Acheh sebagaimana dalam kisah Megat Terawis?

    Kami di Lambor ni sedari dulu mendengar cerita mulut berkenaan Tok Tua Sakti dan keturunannya yang dilarang makan Ikan Tapah. Pemegang amanah ini juga satu keturunan dengan Tok Dewa melalui abang beliau Alang Kontin bin Uda Katab dan satu kampung dengan saya di Batu 16, Kampung Tua, Lambor Kanan.

  5. Megat Iskandar At-Terawis says:

    Sdr Azizul Jabbar,

    Jawapan saya ditulis dalam bentuk artikel kecil. Selamat membaca…

    Rgds,

    MEGAT ISKANDAR

  6. Shamadzhar says:

    Assalamualaikum Sdr Megat,

    Saya cicit kepada Penghulu Mat Taha adalah Penghulu Layang-Layang Kanan, Parit disekitar tahun 1920-1940 atau nama sebenar Mat Taha bin Mohamad dan rumahnya di Layang-Layang Kanan, Parit. Saya telah meneliti salasilah Maharaja Dewa Panjang Ogek bin Uda Katab tetapi Mat Taha bin Mohamad tiada kaitan dengan salasilah tersebut. Kami sekeluarga ingin tahu salasilah Mat Taha bin Mohamad jika suadara mempunyai catatan dari Tok Maharaja Lambor.

    • Megat Iskandar At-Terawis says:

      Terima kasih atas kunjungan anda. Satu posting khusus untuk salasilah Penghulu Mat Taha bin Maharaja Dewa Panjang Ugek telah ditulis. Ianya boleh dibaca di sini:

  7. amir says:

    Assalamualaikum, Tuan Megat.
    Teruja beno teman membaca salasilah yg tuan berikan ini. Satu usaha murni yg baik dan perlu diteruskan. Saya juga amat teruja untuk mengetahui salasilah keluarga. Maklumat keluarga yang perlu dikorek demi masa depan anak2 muda akan datang dan mungkin tuan megat boleh besoreh didalam Group facebook anak2 lambor. Kami amat memerlukan maklumat ini.

  8. Khairul Anuar Badaruzaman says:

    Kepada Sudara Jabbar,

    Penghulu Mat Taha tu Datuk Saya kawin dengan Opah saya yang berasal dari Lambor dan menetap di Padang Tenggala…

    Datukhercules

    Khairul Anuar Bin Badaruzaman

    • Jabbar says:

      Salam Sdra Khairul,

      Mohon maaf kerana lambat respon. Saya hanya merujuk kepada data dalam salahsilah digital yang ada pada saya sahaja, salahsilah bertulis yang asal berada di tangan abang saya warisan dari Arwah Ibu dan Arwah Tok Chik saya. Salahsilah digital ini merupakan cantuman empat catatan salahsilah dan disusun oleh salah seorang waris kami.

  9. didi says:

    Salaam wbt.
    My great grandmom is Raja Kamariah of Perak. She married Alang Osman of penjaga istana lantas dibuang istana.I am still digging.perhaps u have the hint?

  10. Syed Zeffrien Bin Syed Zainal Abidin Al-Qadry says:

    Salam Tuan,

    I am Syed Zeffrien Al-Qadry.
    Do you have detail information on Syed Abu Hassan ibni Syed Burhan Al-Qadry of Taiping, Perak and his silsilah of family.

    Thanking you in advance for any valuable information.

    • Megat Iskandar At-Terawis says:

      Dear Tn Syed,

      Thank you for your visit.

      Unfortunately, I am not familiar with the person of Syed Abu Hassan Al-Qadry. However, if you could provide me details of this Syed Abu Hassan such as his age, occupation, the whereabouts of his house in Taiping, I might be able to help you in conducting a genealogical research.

      You can email me at megat.xiv@gmail.com

      Regards,

      MEGAT ISKANDAR

  11. Zulkifli bin Abdullah Saffie says:

    Assalamualaikum Tn Megat,

    Saya ingin mengetahui Salasilah seperti berikut;

    Di sekitaran Kota Bahru Perak dan bukit Gantang Perak

    1. Imam Suni & Kanda Jaya (siapa mereka)

    2. Salasilah Sayyid Hussein Al Faradz dari Sayyid Usman bin Sayyid Ajmadin ke bawah.

    3. Tok Gantang Tua dan salasilah nya.

    Kami sekeluarga ingin tahu salasilah di atas jika suadara mempunyai catatan/maklumat untuk menyambung sirratulrahim kekeluargaan.

    Regards,

    Zulkifli bin Abdullah Saffie

    • Megat Iskandar At-Terawis says:

      Assalamualaikum wbt

      En Zulkifli,

      Terima kasih atas lawatan sdr ke Orang Dua Belas. Saya sudah pun membalas pertanyaan sdr melalui email tetapi email tersebut ditendang balik kepada saya…

      Mengenai Imam Suni dan Kanda Jaya, saya memohon maaf kerana saya tidak mempunyai sebarang maklumat tentang mereka ini.

      Bagi salasilah Syed Usman Bin Syed Ajmaddin, saya boleh membantu anda kerana saya mempunyai maklumatnya. Bagi Tok Gantang Tua, saya perlu tanya sedikit: adakah Tok Gantang Tua ini yang dimaksudkan Tok Gantang Meor Abbas? atau Tok Gantang Alang Iddin? Untuk kedua2 Panglima Bukit gantang ini, saya ada maklumatnya dan boleh membantu sdr.

      Harap dapat balas ke email megat.xiv@gmail.com untuk susulan daripada kes ini.

      Rgds,

      MEGAT ISKANDAR

  12. ikha says:

    Assalam, hai saya ikha. Nak tumpang tanya ,tentang tokoh sejarah kat atas ni makam nya terletak di masjid kinta ipoh ke ??

    • Megat Iskandar At-Terawis says:

      Tokoh2 sejarah yg tertera di sini bukan semuanya dimakamkan di Masjid Panglima Kinta, Ipoh.
      Di Masjid Panglima Kinta, Ipoh, ianya khusus bagi kaum kerabat terdekat bagi Orang Kaya-Kaya Panglima Kinta Seri Amar Bangsa Diraja.

      Antara tokoh2 (selain drpd Panglima Kinta) yang dimakamkan di situ adalah:

      Orang Kaya-Kaya Laksamana Hussin
      Dato’ C M Yusof (Speaker Dewan Rakyat)

      Walau pun mereka bukan Panglima Kinta, tetapi mereka berkahwin dengan keluarga rapat Dato’ Panglima Kinta

      • ikha says:

        ouh .. lagi satu soalan . Tuan Megat ada tak kisah atau family tree yg complete sehingga keturunan mereka sekarang ?

      • Megat Iskandar At-Terawis says:

        Nak kata complete, mestilah tak complete sebab bukannya hari-hari saya monitor setiap waris tu ada kelahiran baru atau kematian baru atau perkahwinan baru.

        Namun, kalau nak kata salasilah pemegang2 gelaran Panglima Kinta / prominent figures dalam family saya ada lah.

        Kalau nak bincang lanjut pasal salasilah zaman sekarang, boleh email kepada saya di megat.xiv@gmail.com

  13. Wan Shahrin Bin Wan Mohammed Rashidi. says:

    Assalammualikum Tn Megat,

    Saya teringin sangat hendak tahu mengenai salasilah Temenggong Perak.

    Untuk pengetahuan tuan, Temenggong Perak sekarang ini ada pertalian darah dengan keluarga saya. Iaitu datuk saya Wan Hasnan dan Wan Hussain adalah adik dan abang. Datuk Seri Wan Mohd Fathir Bin Wan Hussain adalah sepupu dengan bapa saya.

    Tujuan saya ini adalah untuk pengetahuan saya serta keluarga saya.

    Macamana dan dimana boleh saya dapat salahsilah tersebut.

    • Megat Iskandar At-Terawis says:

      Sdr Wan Shahrin,

      Untuk pengetahuan, saya juga berkeluarga dengan Orang Kaya Temenggong. Selain daripada pertalian darah, saya sendiri waktu kecik2 dulu “dipulangkan” kepada Orang Kaya Temenggong Wan Omar Bin Wan Hamaruddin. So, kiranya Temenggong Wan Omar tu saya punya Godfather lah hehehe.

      Anyway, saya boleh buatkan salasilah tersebut, cuma harap Sdr dapat email kepada saya bahagian Sdr punya sendiri i.e. dah kahwin ke belum, anak berapa ramai, nama anak, nama pasangan, nama adik beradik, nama adik beradik bapa.

      Correct me if I’m wrong, Wan Hussain adalah adik kepada Wan Hamaruddin kan? Wan Hasnan ni anak nombor berapa dan dari isteri nombor berapa?

      kita sambung bicara dalam email. Saya akan tunggu balasan email drpd Sdr. Email saya ialah megat.xiv@gmail.com

      Rgds,

      MEGAT ISKANDAR

      • wan teh says:

        salam.

        gembira membaca blog ni.

        temenggong wan omar bin temenggong wan hamaruddin mempunyai seorang kakak iaitu wan rahmah atau lebih dikenali dengan nama wan sulong.

  14. sufisya says:

    assalamualaikum Tn.Megat..
    saya nak tanya mengenai dua perkara..
    1) tentang makam tok haji ibrahim di beruas,perak.. saya berminat nak tahu tentang siapakah tok haji ibrahim tu, n salasilah beliau.. setakat info yg sy dpt drp cerita almarhum datuk sy, tok haji ibrahim tu adalah putera raja bugis yang lari ke perak dari tanah bugis.. beliau lari ke perak kerana tidak mahu terlibat dalam perbalahan perebutan takhta dengan adindanya di tanah bugis..dan beliau pernah menjadi guru agama kepada sultan Idris yang pertama setelah lari ke perak..
    2) tentang Panglima Tok Mekong Haji Wan Ibrahim Pattani.. saya berminat nak tahu tentang siapakah beliau dan salasilah beliau..
    saya berharap sangat tuan dapat membantu saya.. terima kasih..

    • yazid says:

      salam, berkenaan panglima tok mekong haji wan ibrahim pattani adalah dari salasilah keluarga emak sy. apa yang saya tahu sampai wan abdul fatah bapa kepada tok mekong.sy generasi keenam.

  15. azarina says:

    Salam,

    Do you have the salahsilah of Panglima Kinta and Shahbandar? I’m doing some research in my spare time. I have some info, but sketchy and imcomplete.

  16. megat mohamad dahari bin megat jamaluddin says:

    assalamualaikum saudara megat….
    saya sedang mencari salasilah keturunan megat terawis klu saudara blh membantu…….bapa saya tk tau nk cerita kn yg jelas tp klu dia ada rezeki lebih mesti buat kenduri kambing di makam megat terawis tu.ingin mencari ketutunan sebenar ku terima kasih tuan.

  17. jeragan rosli harun says:

    salam Adi,

    saya cucu kepada kulop derais bin imam kanda latip. ibu saya teh zad binti abdul rais, adik perempuan pada nasaruddin abdul rais. anak kulop derais yang masih hidup kini adalah 2 orang iaitua amin salji dan zaimah.

    Bonda saya Teh Zad, Nasaruddin, Dato Bakri Abdul Rais, Toh Indera Lela Hj Hasnat, Hj Hassan dan Sulaiman telah meninggal dunia.

    Bonda saya Teh Zad telah berkahwin dengan cucuda Dato Seri Setia Bijaya DiRaja Perak Juragan Abdul Shukor ibni almarhum Mohamed Ali iaitu Harun bin Dato Seri Setia Bijaya DiRaja Perak Mohd Noordin bin Juragan Abdul Shukor.

  18. Saifuddin says:

    Salam.
    Jika penulis ada maklumat mengenali keluarga Daeng Kanda Adam, minta dipaparkan. Saya salah seorang warisnya.
    Sape tahu anak Daeng Kanda Adam iaitu Haji Mohd Said kawin dgn Teh Ummi Kalsom, adakah Teh Ummi Kalsom ini cucu kpd Alang Maimunah binti Daeng Osman.

    • Megat Iskandar At-Terawis says:

      Salam En Saifuddin,

      Menurut database saya, benar Kanda Adam ada anak bernama Mohd Said dan beliau berkahwin dengan Teh Ummi Kalsom.
      Namun, Teh Ummi Kalsom bukan cucu Alang Maimunah bt Daeng Osman. Sebaliknya, Alang Maimunah adalah isteri Kanda Adam.
      Walau bagaimanapun, seorang daripada anak Mohd Said dan Teh Ummi Kalsom ini diberi nama Itam Maimunah, sempena nama nendanya – Alang Maimunah.

      Rgds

      MEGAT ISKANDAR

  19. Assalamualaikum. Saya ingin bertanya mengenai salasilah untuk Kanda Idris. Kerana saya adalah keturunan beliau.

    Tok Mata Kiri > Kanda Idris > Haji Tahir > Haji Ibrahim > Haji Abu Hasan > Mohd Idris > Amir Amin

    Saya cuba untuk google tetapi tiada apa-apa artikel lanjut selain daripada mengenai SMK Dato’ Panglima Perang Kiri. Jika ada boleh ke dikonsikan dengan saya.

    Terima kasih
    Amir Amin

    • Megat Iskandar At-Terawis says:

      Hmmm agak payah sedikit untuk menjawab. Dari segi gelaran, Tok Mata Kiri bukanlah salah satu gelaran rasmi pembesar Perak. Mungkin, ianya merujuk kepada pembesar yg bergelar Tok Mata-Mata.

      Atau, besar kemungkinan Tok Mata Kiri adalah gelaran sebutan orang tempatan untuk merujuk kepada tokoh berkenaan.

      Menurut cerita orang tua2, seorang yg bernama Kanda kebanyakannya di Perak mendapat gelaran tersebut apabila individu itu membesar / bermain2 dgn anak raja pada masa kecil. (Agak susah nak explain) Atau pun situasi majlis aqiqah atau pun berkhatan sekali dgn anak raja dan beliau yg paling senior, maka digelar org Kanda.

      Dalam kes sdr, anak Tok Mata Kiri yg bernama Idris mungkin membesar sekali dgn seorang anak raja yg prominen zaman itu dan disebut org Kanda Idris.

      Setahu saya, gelaran Kanda ini tidak diwarisi. Ianya personal-to-holder.

      • Amir Amin says:

        Baik. Terima kasih untuk jawapan ini. Boleh share di mana untuk saya tahu lebih lanjut perihal ini? Dan Kanda Idris itu merupakan Panglima Kiri Perak. Saya cuba cari, tapi menemui jalan buntu.

        Terima kasih

      • Megat Iskandar At-Terawis says:

        Seperti yang saya kitakan sebelum ini, agak payah sedikit untuk mencari.

    • Faiz Ismail says:

      Kita dari keturunan aliran yg sama dari Panglima perang Kiri Kanda Idris…dan saya pun mencari kisahnya dan keluarga saya masih menyimpan keris,pedang dan lembingnya 😊.

      • Amir Amin says:

        Menarik tu. Dari anak beliau yang mana? Saya dari keturunan Haji Tahir. Dan memang ada diberitahu oleh arwah atuk kepada abah saya dan diberitahu kepada saya bahawa Kanda Idris ni dapat gelaran kanda sebab dia rapat dengan putera dan kemudian sultan Perak ketika itu.

  20. Md Noor says:

    Assalamualaikum Tuan Megat,

    Saya ada kenal seorg lelaki berumur 60an yang mendakwa beliau adalah waris kepada jawatan tenggung neferi perak. Nama beliau adalah YM Tengki Daeng Abu Bakar Hassan @ Mohamad Esa ibni Kamaruddon ibni Alang Ahmad. Sekarang beliau menetap di dinKg Tepus, Parit, Perak. Beliua mempunyai ilmu dan kemahiran mengenai susur galur kesultanan negeri Perak dan kerabat kerabat di negeri Perak. Susur galur yg di sampaikan sexara lisan oleh beliau saya rasa hampir sama dgn apa yg saya baca dlm blog tuan. Malangnya saya tidak dpt mengingati semua cerita beliau.
    Disini saya cuma ingin mendapat pengesahan dari sumber ygblain adakah tuan Megat kenal beliau dan dpt mengesahkan belaiu dan datuknya Alang Ahmad itu mempunyai susur galur dlm sistem kesultanan negeri Perak.

    Md Noor

    • Megat Iskandar At-Terawis says:

      Jawapan saya adalah SAYA TAK KENAL BELIAU.

      Bagi mengesahkan susur galur beliau, agak sukar kerana nama ALANG AHMAD telalu common di dalam masyarakat negeri Perak. Dalam Database Salasilah aristokrat Melayu yang saya compile pun terdapat 7 orang yang bernama Alang Ahmad dan masing2 adalah individu yang berbeza dari pelbagai keluarga pembesar Melayu.

      Namun, bila disebut namanya Daeng dan claim to be an heir to the Temenggongship of Perak, besar kemungkinan beliau berketurunan dari Daeng Selili.

      • Md Noor says:

        Ya Tuan Megat. Beliau menceritakan beliau adalah dari keturunan Daeng Selili. Beliau setahu saya mempunyai hubungan baik dengan YM Raja Jaafar ibni Raja Muda Musa dan juga beberapa OBJ sperti OBJ Panglima Kinta.

        Saya rasa kalau Tuan dapat berjumpa dengan beliau adalah sgt baik untuk bertukar tukar pendapat bagi memantapkan lagi salasilah sistem kesultanan Negeri Perak.

  21. Sharifah says:

    Moyang saya Syed Abu Bakar dari Kpg Tualang Sekah Malim Nawar berkahwin dgn Ngah Midah. Datuk saya Syed Mahmud @ Habib Mahmud menetap dan dimakamkan
    di Bukit Chandan. Saya ingin mendapatkan maklumat mengenai Syed Abu Bakar, sekiranya sesiapa ada info mengenai moyang saya, mohon berkongsi di cni kerana setakat itu sj maklumat yg saya dpt drp arwah bapa saya. T.kasih

    • Megat Iskandar At-Terawis says:

      Puan Sharifah, saya rasa lebih sesuai kalau Puan hubungi Persatuan Keluarga Jamalullail Perak. Database mereka lebih lengkap bagi para Syed/Siti/Sharifah yang di Perak.

Leave a reply to Megat Iskandar At-Terawis Cancel reply